Monday, March 31, 2008

Harga Tawaran

Harga : RM6500

Pada sesiapa yang berminat sila hubungi saya; 013-3946470 atau email mohdfirdaus.farid123@gmail.com.

Bukan Pakar Kereta


Saya bukanlah pakar tentang selok-belok kereta tetapi apa yang boleh diperkatakan tentang kereta ini dengan dibantu foto diambil saya sendiri adalah:


1. Body kereta - telah dibuat semula dan dicat ke warna merah. (Gambar atas).

2. Enjin - Original dan tiada leaking. Bila panaskan enjin waktu pagi, keluar wap air pada ekzos. Saya difahamkan oleh pihak mekanik, ini menandakan enjin running dalam keadaan baik. Dari gambar, dalam ruangan enjin, cuma tangki air saja yg tidak berfungsi. Semua kabel telah diganti.





3. Penghawa dingin - Penghawa dingin telah diganti dengan compressor dan tangki gas yang baru memandangkan yang lama telah tidak dapat berfungsi. (Gambar)


4. Clutch Plate - diganti dengan yang baru kerana telah begitu haus dan tidak lagi berfungsi.

5. Seat Cover - telah disarungkan dengan cover yang menarik dan selesa. (Gambar)






6. Audio System - radio lama telah diganti dengan pemain kaset disamping radio yang baru untuk keselesaan penumpang. (Gambar)






7. Tayar - telah diganti keempat-empat menggantikan tayar lama yang telah pancit dan koyak. (Gambar)










8. Ekzos - telah diganti baru kerana yang lama telah patah.

9. Road-Tax - baru renew















Kekurangan
Bagi berlaku adil pada mereka yang berminat, di bawah ini disertakan kekurangan kereta ini sebagai pertimbangan memandangkan usia kenderaan telah menjangkau 27 tahun, iaitu:

1. Cover - dibahagian dalam agak uzur dan terdapat carikkan padanya. (Gambar)








2. Side Mirror - sekadar berfungsi untuk keselamatan pemandu kerana agak longgar.
3. Pintu - di bahagian pemandu, agak sukar dibuka dari dalam. Ketiga-tiga pintu tiada masalah.
4. Tingkap - di bahagian pemandu, agak sukar diturunkan. Ketiga-tiga tingkap tiada masalah.
5. Frame Windscreen - frame di bahagian atas telah 'hilang', sekiranya hujan amat lebat akan tiris sedikit dibahagian dalam. Proses mencari alatganti sedang dalam proses.
6. AirCond - Tahap 'kesejukan' tidak dapat dikawal kerana tidak berfungsi.

Kereta Untuk di Jual

Pada asalnya kereta tersebut untuk kegunaan isteri tetapi memandangkan kemahiran diperlukan untuk kereta manual seperti ini, saya membuat keputusan untuk menjual saja kereta ini. Mungkin pada mereka yang gemar kereta lama atau mereka yang gemar pada sukan drift yang begitu popular di masa ini. Dengan harapan wang jualan kereta ini boleh digunakan utk mendapatkan sebuah kereta yg agak kecil seperti kancil atau kelisa bagi kegunaan isteri.

Langkah Ke-2

Setelah pindahmilik dibuat, kereta tersebut telah dibuat beberapa pendawaian maklumlah banyak kabel yg sudah tidak sesuai lagi kerana agak lama. Keempat-empat tayar telah diganti dengan yg baru, Dunlop menjadi pilihan. Selepas itu kereta tersebut telah dibawa dari Kedah ke Serdang, Selangor. Proses membaik pulih telah dibuat di mana semua bahagian badan kereta yg berkarat dan terkopak dikimpal semula. Seterusnya kereta tersebut telah dicat semula dengan warna merah maroon seperti gambar di bawah. Asalnya kereta berwarna putih.


Toyota Corolla DX - 1981




Pengenalan

Pada awalnya dibeli arwah ayah dari seseorang melalui kenalan. Setelah pemergian beliau mengadap Ilahi pada tahun 2000, kereta tersebut terbengkalai agak sekian lama di rumah....lebih kurang 5 tahun memandangkan masing-masing dari kami telah mempunyai kereta sendiri. Selama jangkamasa tersebut, kami sekeluarga hanya sekadar renew roadtax dan insuran sahaja. Setelah difikirkan yg kereta tersebut akan rosak dan berkarat, kami perlu lakukan sesuatu.
Saya telah mengambil tanggungjawab tersebut dengan menghantar kereta tersebut ke workshop utk tujuan welding dan mengecat.


Tukar Nama
Setelah pemergian arwah ayah, nama pada geran telah dipersetujui dipindahmilik kepada adik saya untuk memudahkan sebarang urusan di kemudian hari. Setelah dua tahun, saya berminat untuk mendapatkan sebuah kereta untuk isteri dan telah mengambil keputusan untuk mengambil kenderaan tersebut. Oleh yang demikian, kereta tersebut telah diambil secara pembelian mengikut persetujuan harga dari semua waris-waris yang ada. Proses pindah milik dari adik kepada saya telah dibuat.