Monday, March 31, 2008

Toyota Corolla DX - 1981




Pengenalan

Pada awalnya dibeli arwah ayah dari seseorang melalui kenalan. Setelah pemergian beliau mengadap Ilahi pada tahun 2000, kereta tersebut terbengkalai agak sekian lama di rumah....lebih kurang 5 tahun memandangkan masing-masing dari kami telah mempunyai kereta sendiri. Selama jangkamasa tersebut, kami sekeluarga hanya sekadar renew roadtax dan insuran sahaja. Setelah difikirkan yg kereta tersebut akan rosak dan berkarat, kami perlu lakukan sesuatu.
Saya telah mengambil tanggungjawab tersebut dengan menghantar kereta tersebut ke workshop utk tujuan welding dan mengecat.


Tukar Nama
Setelah pemergian arwah ayah, nama pada geran telah dipersetujui dipindahmilik kepada adik saya untuk memudahkan sebarang urusan di kemudian hari. Setelah dua tahun, saya berminat untuk mendapatkan sebuah kereta untuk isteri dan telah mengambil keputusan untuk mengambil kenderaan tersebut. Oleh yang demikian, kereta tersebut telah diambil secara pembelian mengikut persetujuan harga dari semua waris-waris yang ada. Proses pindah milik dari adik kepada saya telah dibuat.

No comments: