Saya bukanlah pakar tentang selok-belok kereta tetapi apa yang boleh diperkatakan tentang kereta ini dengan dibantu foto diambil saya sendiri adalah:
1. Body kereta - telah dibuat semula dan dicat ke warna merah. (Gambar atas).
2. Enjin - Original dan tiada leaking. Bila panaskan enjin waktu pagi, keluar wap air pada ekzos.
4. Clutch Plate - diganti dengan yang baru kerana telah begitu haus dan tidak lagi berfungsi.
6. Audio System - radio lama telah diganti dengan pemain kaset disamping radio yang baru untuk keselesaan penumpang. (Gambar)
7. Tayar - telah diganti keempat-empat menggantikan tayar lama yang telah pancit dan koyak. (Gambar)
8. Ekzos - telah diganti baru kerana yang lama telah patah.
9. Road-Tax - baru renew
Kekurangan
Bagi berlaku adil pada mereka yang berminat, di bawah ini disertakan kekurangan kereta ini sebagai pertimbangan memandangkan usia kenderaan telah menjangkau 27 tahun, iaitu:
1. Cover - dibahagian dalam agak uzur dan terdapat carikkan padanya. (Gambar)
2. Side Mirror - sekadar berfungsi untuk keselamatan pemandu kerana agak longgar.
3. Pintu - di bahagian pemandu, agak sukar dibuka dari dalam. Ketiga-tiga pintu tiada masalah.
4. Tingkap - di bahagian pemandu, agak sukar diturunkan. Ketiga-tiga tingkap tiada masalah.
5. Frame Windscreen - frame di bahagian atas telah 'hilang', sekiranya hujan amat lebat akan tiris sedikit dibahagian dalam. Proses mencari alatganti sedang dalam proses.
6. AirCond - Tahap 'kesejukan' tidak dapat dikawal kerana tidak berfungsi.
No comments:
Post a Comment